Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Sakit hati jer !!!


Assalammualaikum,



Huh !! petang2 ahad nie buat YY sakit hati jer . Menyumpah tak habis . Mana tak nya , geram tengok isteri kena buli dengan suami . Siap suami nak kawin lain , cerai kan isteri, ada hati lagi duk kikis duit bekas isteri . Hissshhhh , memang melampau tau . Dapat mak mertua drama queen sangat . Tak habis - habis reka cerita , buat fitnah . Sanggup tengok rumahtangga anak sendiri runtuh semata sebab tak suka dengan menantu . Kalau dah jodoh , apa nak di larang . Konon tak sama taraf , amboiiiii tinggi sangat ke taraf awak tueee . 




Nampak tak YY emo, emosi sangat niee... semuanya gegara menonton "RAMADAN JANGAN PERGI" ,  alah drma kat slot samarinda di TV3 setiap selasa hingga khamis pukul 10mlm - 11mlm. Memula memang YY dah plan nak tengok, sebab dari production Sheila Rusly JS Picture selalu nya citer mesti best , tapi apa kan daya takde kesempatan . 




So, hari nie takde apa nak buat . YY pun tengok lah ulangan di tonton.com.my  . Nasib baru ada 5 episod, takde lah banyak benor nak mengadap . Akhirnya, bila dah menonton sakit hati sendiri . Kuang ajar betul laki si Farah ( Siti Saleha ) , dah ler cerai kan bini guna nota . Past tue nak hidup senang dengan mengikis duit bekas isteri . Dah ler asik bersumpah dan berjanji tak habis - habis . Memang buat YY emo betul . 



Nak tenangkan hati , YY kena fikir yang itu semua lakonan dan ikut skrip . Kalau tak , rasa nak lempang - lempang jer laki camgitue . 






Sinopsis RAMADAN JANGAN PERGI 


Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.









TAJUK : Ramadhan Jangan Pergi
EPISOD : 15
TARIKH :  25 Jun 2014 (Selasa - Khamis / 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jinggo, Azman Hai Yahya
SKRIP : Sofia J.Rhyland / Sheila Rusly
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Firdaus Rahman, Siti Saleha, Lufya Lulu, Sheila Rusly, Watie Sadali, Datuk Eizlan Yusuf, Catriona Ross, Muntazar Ghani



Tak sabar nak tunggu episod 6 dan seterusnya . Tak sabar nak tengok balasan kepada yang jahat . Tapi tue lah kan , citer melayu nie. Selalu nya yang teraniaya kemain panjang episod, sekali balasan untuk yang jahat kejap jer dah habis . Tak puas betul lah . Ce buat balasan tue panjang sikit , sama banyak dengan yang dizalimi , baru lah best . 







Yang pasti , citer RAMADAN JANGAN PERGI memang banyak pengajaran dan lakonan semua menjadi . Kalau tak , takde lah sakit hati melampau . Good Job untuk semua team Ramadan Jangan Pergi . 




P/S : Korang biasa tak tengok TV past tue emosi . 








Review Filem Pengantin Malam | Sinopsis & Trailer



Assalammualaikum,


Peminat Filem Hantu sekalian , korang mesti tertunggu – tunggu citer yang seram dan boleh buat jantung korang nak gugur kan . Nie nak habaq , Metrowealth ( MIG ) telah menerbitkan Filem ke 93 bergenre seram Pengantin Malam . Menggabungkan Lakonan Mantap hero dan heroin pujaan Malaya iaitu Farid Kamil dan Nora Danish . Turut menjayakan filem ini pelakon yang sedang meningkat naik dari Brunei iaitu Nina Iskandar dan juga pelakon berpengalaman Ellie Suriaty serta Rashidah Jaafar . Pengambaran mengambil masa selama 15 hari di sekitar Kuang , Selangor sebagai latar lokasi utama Pengantin Malam . Diarahkan oleh Eyra Rahman . 





Sinopsis :


Filem Pengantin Malam mengisahkan tentang seorang isteri , Maya ( Nora Danish ) yang mengalami amnsia selepas kemalangan jalan raya . Sejak dari hari itu , Maya sering diganggu lembaga misteri sehingga suami Maya , Razif ( Farid Kamil ) terpaksa membawa Maya berehat di Villa keluarga Razif .



Pengantin Malam Nora Danish dan Farid Kamil   123



Pengantin Malam Nora Danish dan Farid Kamil   124



Namun gangguan itu tidak berhenti malah semakin teruk hinggakan Maya tidak dapat mengawal perasaannya . Pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh Razif yang tidak percaya gangguan yang terjadi pada Maya adalah benar sehinggakan hubungan semakin renggang .


Pengantin Malam Nora Danish dan Farid Kamil   112



Pengantin Malam Nora Danish dan Farid Kamil   121


Villa yang mereka diami itu juga memberi pelbagai persoalan terhadap Maya kerana villa tersebur turut didiami seorang tukang kebun. Perlakuan pelik Maya mendapat reaksi berbeza tukang kebun itu malahan sikap Maya yang semakin hari semakin pelik itu membuatkan Razif mencari seorang doktor pakar untuk mengubati penyakit yang dialami .



Pengantin Malam Nora Danish dan Farid Kamil   127



Pengantin Malam Nora Danish dan Farid Kamil   130



Trailer :





Review :

Filem bergenre seram yang bagi YY keseraman memang menjadi dengan bantuan sound effect yang ohsem . Lakonan Nora Danish banyak membantu keseraman dalam Filem nie . YY yang mengandung nie terpaksa tgk tak berapa nak Focus sebab asik terkejut memanjang . Siap ada yang suh YY keluar panggung tak bagi nak tgk . Banyak scene yang belum lagi hantu keluar , ada yang dah standby nak menjerit . Bagi YY , Filem Pengantin Malam memang menjadi . Filem seram yang boleh di tonton . Percaya lah , korang akan menjerit dan terperanjat dengan segala scene yang seram .



Bintang : 4.8 / 5 Bintang



*********************************************************************


Sekitar malam Pra – tonton Filem Pengantin Malam




Pengantin malam Nora Danish



Pengantin malam Nora Danish



Pengantin malam Nora Danish



Pengantin malam Nora Danish




P/S : Yang mengandung tak di galakkan menonton , seram weeeiiii Smile with tongue out


Review Filem CEO | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,


Filem CEO ? Mesti korang ingat Filem nie berkisar pasal ahli koprat , orang – orang kaya , past tue ada orang miskin teraniaya . Hurmmm, korang silap. Filem CEO nie memang best giler kot , pelakon Remy Ishak , Beto Kusyairi dan Christine Suzanne . Gabungan 3 pelakon hebat dan di bantu oleh Jalaluddin Hassan dan Deanna Yusof . Filem CEo Penuh dengan pengajaran dan lawak yang akan buat korang tak kering gusi . Pengambaran telah berlangsung selama 30 hari yang bermula 15 Jun, 2013 sehingga 15 Julai, 2013 yang telah menelan belanja lebih kurang 1.8 juta dan pengambarannya dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.



Poster Filem CEO



Sinopsis Filem


CEO mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan ‘dunia’. Adam (Remy Ishak) adalah seorang CEO dalam sebuah empayar korporat yang berjaya. Sufian (Beto Kusyairy) seorang penghantar pizza yang cita-cita jangka panjangnya adalah mahu bermain pool selepas waktu bekerja.


 
Filem CEO Malaysia 102


 
Filem CEO Malaysia 108



 
Dua dunia ini tidak sepatutnya bercantum. Namun, satu insiden menyebabkan hidup dua lelaki ini berubah 360 darjah. Adam hilang segala-galanya selepas satu kes pecah amanah. Dia hilang jawatan, status, rumah mewah dan tunang. Sufian pula tidak menyangka dia dapat syurga dunia. Dia diberikan jawatan tertinggi, syarikat, rumah mewah, harta dan segala kemewahan yang tidak pernah difikirkan.
 



Filem CEO Malaysia 113


 
Filem CEO Malaysia 120


 
Adam keliru dengan apa yang terjadi. Dia bertekad nak menggali siapa dalang kejatuhannya. Sufian juga keliru, tapi dia tidak bertekad apa-apa sebab – orang memberi, kita merasa, buat apa nak banyak tanya.


 
Filem CEO Malaysia 115Filem CEO Malaysia 103


Namun, ada misteri di sebalik apa yang berlaku. Adam dan Sufian akan berdepan dengan misteri itu.
 

 
TRAILER



 
 
REVIEW :

Filem CEO memang banyak pengajaran . Walaupun ada lawak , tapi dalam lawak sebenarnya banyak pengajaran yang hendak di sampaikan .


Filem ini menceritakan mengenai jalan kehidupan setiap manusia yang tidakakan kekal selamanya, seperti roda yang akan sentiasa berputar. Setiap orang perlu mempunyai kecekalan semasa menempuhi kesukaran hidup, mempunyai jati diri dan bijak mengatur langkah seterusnya.


Sungguh pun filem ini mempunyai tema yang serius tetap ia sebenarnya sebuah filem smart comedy yang menggunakan dialog-dialog lucu tapi bermakna. Pelakon-pelakon yang membarisi filem ini ialah antara yang terbaik di Malaysia dan mereka juga telah memberikan yang terbaik untuk filem ini.


Penampilan Pelakon baru Anaz Ridhuan memang thorbaik lah . Bukan setakat menyanyi rupanya , melawak dan berlakon pun boleh . Kira Filem CEO YY kategori sebagai Filem wajib tonton .


 
Bintang :  5/5 Bintang


 
Jangan lupa ajak semua kaum kerabat , kengkawan , keluarga , sanak saudara menonton Filem CEO bermula 12 Jun 2014 di pawagam berhampiran korang k . “ Semua Orang Nak Jadi Bos ” tagline yang memang impian semua orang kan .


 
******************************************************************

Sekitar Malam Pra Tonton Media Filem CEO

 
Filem CEO Malaysia600


 
 
Filem CEO Malaysia Cristane Suzanne

Cristine Suzanne 
 
 
Filem CEO Malaysia608

 
Filem CEO Malaysia Beto Kusyairi



 
Filem CEO Malaysia606

Sidang Media Selepas Tayangan Filem CEO 
 
 
Filem CEO Malaysia615


 
P/S : Jangan lupa tau menonton Filem CEO , bagi YY memang best gilerrr .





Review Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya | Sinopsis & Trailer



Assalammualaikum,



Filem Awak Nak kahwin Dengan Saya



Awak Nak Kahwin dengan Saya ?? Filem ke 92 terbitan MIG yang diarahkan oleh Eyra Rahman . Filem Komedi romantik Awak Nak Kahwin Dengan Saya di lakonkan oleh pelakon yang tidak asing lagi Fezrul Khan dan Erin malek . Gabungan Sweet dan Comel ini memberi satu kelainan yang tidak pernah di pertontonkan sebelum ini . Filem ini di kuatkan lagi dengan barisan pelakon MIG Talent antaranya Zalif Sidek , Shima Anuar  dan juga Emily Chan . Tidak ketinggalan Pelakon hebat yang lain iaitu Ruminah Sidek , Mustapha Kamal , Lydiawati , Delimawati dan menampilkan Bobo.



IMG_2722[1]

“Awak Nak Kahwin Dengan Saya” Di Panggung 22 Mei 2014


Sinopsis :

Apakah yang terjadi sekiranya anda terpaksa menjadi ‘kekaih paksa’ bos korang ? Andika ( Fezrul Khan ) merupakan Ketua Editor di Syarikat penrbitan majalah PUTRI ( Erin Malek ) bekerja sebagai PA Andika yang paling setia dalam tempoh tiga tahun . Putri seorang gadis nerd , tetapi sangat peka dan bijak . Hanya putri yang memahami Andika .


Awak Nak Kahwin Dengan Saya Filem MIG 121



Awak Nak Kahwin Dengan Saya Filem MIG 109


Cerita ini bermula apabila Andika menerima panggilan telefon daripada bekas teman wanitanya , SARA ( Shima Anuar ) menjemput Andika ke Majlis Perkahwinannya . Sara mencabar Andika untuk membawa teman wanitanya sebagai bukti Andika sudah melupakan Sara . Andika rasa dicabar dan dia perlu mencari seorang gadis untuk menemaninya ke majlis perkahwinan Sara.



Awak Nak Kahwin Dengan Saya Filem MIG 101


Andika meminta bantuan Putri untuk berlakon sebagai kekasihnya dan kembali ke kampung . Kehadiran Putri di sambut mesra dan dia terkejut melihat cara keluarga Andika yang menerimanya . Tambah merumitkan keadaan apabila ahli keluarga Andika terus mengumumkan Putri sebagai bakal menantu mreka kepada penduduk kampung .



Awak Nak Kahwin Dengan Saya Filem MIG 122



Maka timbul pelbagai kisah lucu dan seet antara Andika dan Putri untuk memperbetulkan keadaan . Adakah penipuan mereka akan berjaya atau sebaliknya ?



Awak Nak Kahwin Dengan Saya Filem MIG 127



TRAILER



REVIEW :

YY suka sangat Filem nie. Aksi pasangan Andika dan Putri Sweet jer . Sekali imbas macam style citer korea dah . Watak Putri yang ganas2 tapi clumsy sangat mencuit hati . Belum lagi masuk babak Andika seorang lelaki yang cerewet dan terlalu pembersih . Memang x leh blah . Terbahak – bahak YY tergelak dalam panggung . Dah tak kira orang kiri kanan . Watak Gedix Sara memang menjadi , buat orang meluat dan ada jugak aksi kelakar nya . Kira kalau nak menonton citer yang ringan , gelak – gelak , ada Aksi romantik memang sesuai lah menerjah ke panggung yer .



Bintang : 4.5 / 5 bintang



***************************************************************



Sekitar Malam Pra Tonton Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya??


Filem Awak Nak kahwin Dengan Saya



Filem Awak Nak kahwin Dengan Saya



Filem Awak Nak kahwin Dengan Saya

Fezrul Khan dan Erin Malek




Filem Awak Nak kahwin Dengan Saya

Para Pelakon dan Pengarah Awak Nak Kahwin Dengan Saya




Filem Awak Nak kahwin Dengan Saya

YY dan En Suami




Filem Awak Nak kahwin Dengan Saya

YY dan Shima Anuar



P/S : YY suka ini Filem , ini pendapat peribadi YY





Review Filem Abang Long Fadil | Sinopsis & Trailer



Assalammualaikum,


POSTER ABANG LONG FADIL



Filem Terbaru “ABANG LONG FADIL” adalah filem ke 33 terbitan SKOP PRODUCTION yang diarahkan olh Syafiq Yusof. Syafiq mula bergelar seorang pengarah ketika berusia 18 tahun dengan karya sulungnya SAM ( 2012 ) . Kini Syafiq muncul dengan karya keduanya ABANG LONG FADIL di usia 21 tahun . Pengarah muda yang sangat berkaliber. YY suka kedua- dua filem arahan Syafiq Yusof .


SINOPSIS ABANG LONG FADIL


“ABANG LONG FADIL” adalah parodi dan kesinambungan filem “KL GANGSTER”.

 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis


 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis


 
Mengisahkan tentang kehidupan Fadil setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .


 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis


 
Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat-syarikat kapitalis yang telah mengupah sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa yang sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya .


 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis


 
Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam yang merupakan anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng-samseng di kawasan tersebut, akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling besar di situ. Mampukah mereka menewaskan kumpulan gangster tersebut? Adakah tanah Kampung Berani akan tergadai? Mampukah Fadil mendapat kebebasan?



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis



 
TRAILER




 
 
REVIEW

Sape tak kenal Zizan Razak , comfirm lah citer jadi lawak kan. Gabungan pelakon – pelakon hebat dari KL Gangster seperti Aaron Aziz , Sofi Jikan dan Shamsul Yusof memang gandingan mantap . Idea pengarah muda Syafiq Yusof seperti kemunculan robot ala transformers , berkungfu seperti kungfu panda memang menarik dan tidak membosan kan . YY memang asik gelak sesajer tengok gelagat Zizan yang kekonon nak jadi gangster tapi penakut . Lakonan Tauke Raja Lawak pun menyerlah jugak . Kamal Adli memang sesuai sangat bawak watak yang ada ilmu berlawan, semuanya sebab arwah bapa nya seorang wira kampung . Overall memang citer nie sesuai di tonton kalau korang nak release tension . X nak bebankan fikiran dengan cerita yang berat – berat dan terlalu berfikir .


 
4.5 / 5 Bintang .


 
********************************************************


Sekitar Malam Pra-Tonton Abang Long Fadil .

 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

Zizan Razak


 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

Tauke Raja Lawak



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

Kamal Adli



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

Syafiq Yusof



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis



 
Abang Long Fadil Review dan Sinopsis

para pelakon Abang Long Fadil



 
Menerusi Abang Long Fadil , Syafiq tlah menggunakan 60% efek Kesan Khas ( CGI ) untuk mendapatkan hasil kualiti terbaik di samping mampu menghasilkan impak persembahan yang lebih menarik .


 
Abang Long Fadil bakal di tayangkan di 81 pawagam secara serentak di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014 .


 
 
P/S : Pendapat peribadi YY setelah menonton .

























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah